empty
26.06.2025 11:17 AM
EUR/USD – 26 Jun. Retorik Powell Kekal Tidak Berubah

Pada hari Rabu, pasangan EUR/USD terus meningkat dan mencapai tahap pembetulan Fibonacci 127.2% pada 1.1712 pada pagi Khamis. Pemulihan dari tahap ini boleh mengakibatkan pembalikan memihak kepada dolar A.S. dan penurunan menuju ke 1.1645 dan 1.1574. Jika pasangan itu mengukuh di atas 1.1712, ia akan meningkatkan kemungkinan kenaikan euro selanjutnya menuju sasaran seterusnya pada 1.1802.

This image is no longer relevant

Pola gelombang pada carta setiap jam kekal mudah dan jelas. Gelombang menurun terakhir yang lengkap mencecah sedikit di bawah rendah gelombang sebelumnya, manakala gelombang menaik baru dengan mudah melepasi tinggi sebelumnya. Oleh itu, trend telah kembali meningkat. Kekurangan kemajuan dalam rundingan perdagangan AS–China dan AS–EU, kegagalan mesyuarat Fed untuk menyokong dolar, dan konflik Timur Tengah tidak memberikan manfaat kepada dolar, semua ini memaksa para pelabur jual untuk berundur. Seperti yang dijangkakan, aliran menurun tidak kuat mahupun berpanjangan.

Praktikalnya tiada berita penting pada hari Rabu. Satu-satunya acara ialah keterangan Jerome Powell di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat AS, di mana beliau pada dasarnya mengulangi perkara yang sama seperti yang diketengahkan pada hari Selasa lalu di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Rakyat dan sebelumnya selepas mesyuarat dasar Fed. Kedudukan Powell kekal tidak berubah: FOMC berada dalam kedudukan yang baik untuk mengekalkan pendekatan 'tunggu dan lihat'. Beliau menyatakan bahawa adalah mustahil untuk meramalkan kesan tarif pada inflasi tanpa mengetahui tempoh dan magnitudnya. Menurut Powell, inflasi AS mungkin akan mempercepatkan, tetapi tahapnya masih tidak pasti. Oleh itu, strategi terbaik adalah menunggu sehingga kesan penuh tarif menjadi jelas, selepas itu keputusan dasar boleh diambil. Para pelabur beli menyambung serangan mereka pada hari Selasa apabila konflik Iran-Israel berakhir dengan tidak dijangka dan agak cepat.

This image is no longer relevant

Pada carta 4 jam, pasangan ini naik ke tahap 1.1680. Lantunan dari tahap ini akan memihak kepada dolar dan pergerakan ke arah tahap Fibonacci 127.2% pada 1.1495. Walau bagaimanapun, dalam saluran aliran menaik,aliran menaik kekal stabil dan dolar tidak mempunyai momentum untuk lantunan kuat. Jika pasangan ini dapat kekal bertahan di atas 1.1680, pertumbuhan selanjutnya menuju paras Fibonacci 161.8% pada 1.1851 mungkin akan berlaku. Tiada perbezaan atau divergence yang ketara dapat dilihat pada mana-mana penunjuk hari ini.

Laporan Komitmen Pedagang (COT):

This image is no longer relevant

Dalam minggu laporan terakhir, pedagang profesional membuka 12,057 kedudukan Beli dan 3,529 kedudukan Jual. Sentimen dalam kumpulan "Bukan Komersial" kekal optimistik disebabkan oleh Donald Trump dan terus mengukuh. Jumlah keseluruhan kedudukan Beli yang dipegang oleh spekulator kini berjumlah 221,000, sementara kedudukan Jual mencapai 119,000, dengan jurang yang semakin meluas hampir terus menerus. Ini menunjukkan permintaan yang berterusan untuk euro dan kurangnya minat terhadap dolar. Keadaan kekal tidak berubah.

Selama dua puluh minggu berturut-turut, pedagang besar telah mengurangkan keduudkan Jual dan meningkatkan kedudukan Beli. Walaupun perbezaan dasar monetari antara ECB dan Fed sudah ketara, dasar-dasar Donald Trump dianggap sebagai faktor yang lebih penting oleh pedagang, kerana ia mungkin membawa kepada kemelesetan AS dan masalah struktur jangka panjang lain untuk ekonomi Amerika.

Kalendar Ekonomi untuk AS dan Zon Euro:

  • AS – Pesanan Barangan Tahan Lama (12:30 UTC)
  • AS – Laporan GDP Suku Pertama Akhir (12:30 UTC)

Kalendar ekonomi pada 26 Jun merangkumi dua peristiwa yang agak penting. Oleh itu, latar belakang berita mungkin mempengaruhi sentimen pasaran pada separuh kedua hari itu.

Ramalan dan Tip Perdagangan EUR/USD:

Menjual pasangan ini mungkin dilakukan hari ini pada pembalikan dari 1.1712 pada carta jam, dengan sasaran 1.1645 dan 1.1574. Sebelum ini, saya telah mengesyorkan membeli pada pembalikan dari 1.1454 dengan sasaran 1.1574. Sasaran itu telah dicapai, dan pecahan itu membolehkan keuntungan lanjut ke arah 1.1645 dan 1.1712. Semua sasaran kini telah dicapai.

Gril Fibonacci diplot berdasarkan julat 1.1574–1.1066 pada carta jam dan julat 1.1214–1.0179 pada carta 4 jam.

Recommended Stories

Ramalan untuk EUR/USD pada 11 Ogos 2025

Pada hari Jumaat, EUR/USD membuat dua lantunan daripada zon sokongan 1.1637–1.1645 sebelum beralih memihak kepada euro. Keadaan ini memberi isyarat bahawa pergerakan menaik berpotensi diteruskan hari ini menuju paras anjakan

Samir Klishi 10:44 2025-08-11 UTC+2

Ramalan untuk GBP/USD pada 11 Ogos, 2025

Pada carta jam, GBP/USD pada hari Jumaat telah membuat dua pantulan dari tahap 1.3425, dan pada hari Isnin terus bergerak ke atas menuju tahap penarikan semula 76.4% di 1.3470. Pantulan

Samir Klishi 10:25 2025-08-11 UTC+2

GBP/USD. Analisis Teknikal untuk Minggu 11–16 Ogos

Analisis Aliran Minggu ini, dari paras 1.3450 (hampir dengan penutupan lilin mingguan terakhir), harga mungkin mula bergerak menurun ke arah 1.3270 – paras sokongan bersejarah (garis putus-putus biru). Setelah menguji

Stefan Doll 10:02 2025-08-11 UTC+2

EUR/USD. Analisis Teknikal untuk Minggu 11–16 Ogos

Minggu lepas, pasangan ini bergerak ke atas, hampir menguji tahap rintangan sejarah pada 1.1710 (garisan titik biru), dan kemudian berpatah ke bawah, menutup graf lilin mingguan pada 1.1641. Pada minggu

Stefan Doll 09:55 2025-08-11 UTC+2

GBP/USD. Analisis Penunjuk pada 11 Ogos 2025

Pada hari Jumaat, pasangan mata wang ini bergerak ke bawah, menguji tahap penarikan semula 61.8% pada 1.3416 (garisan putus-putus merah), dan kemudian naik, menutup lilin harian pada 1.3450. Hari

Stefan Doll 09:53 2025-08-11 UTC+2

EUR/USD. Analisis Penunjuk pada 11 Ogos 2025

Pada hari Jumaat, pasangan mata wang tersebut bergerak menurun, hampir menguji paras pembetulan 23.6% pada 1.1626 (garis putus-putus biru), sebelum harga meningkat sedikit dan menutup lilin harian pada 1.1641. Hari

Stefan Doll 09:40 2025-08-11 UTC+2

Jika USD/JPY berjaya melepasi tahap Pivot, ia mempunyai potensi untuk terus mengukuh. Isnin, 11 Ogos 2025.

[USD/JPY] – [Isnin, 11 Ogos 2025] Walaupun keadaan USD/JPY masih bergerak secara mendatar, seperti yang ditunjukkan oleh EMA yang bertindih, penembusan dan penutupan USD/JPY di atas tahap Pivotnya memberikan peluang

Arief Makmur 07:37 2025-08-11 UTC+2

NZD/USD masih berpeluang untuk terus mengukuh ke tahap rintangan terdekatnya. Isnin, 11 Ogos 2025.

[NZD/USD] – [Isnin, 11 Ogos 2025] Dengan kedua-dua EMA membentuk Golden Cross dan penunjuk RSI(14) berada pada tahap Neutral-Bullish, Kiwi berpotensi untuk mengukuh pada hari ini. Paras Utama Rintangan

Arief Makmur 07:37 2025-08-11 UTC+2

Ramalan EUR/USD untuk 11 Ogos 2025

Euro kini semakin kukuh pada tahap sokongan 1.1632. Semakin lama ia mengukuh di situ, semakin seimbang kebarangkalian pertumbuhan dan penurunan akan menjadi. Walau bagaimanapun, terdapat dua faktor yang mempengaruhi struktur

Laurie Bailey 05:01 2025-08-11 UTC+2

Ramalan GBP/USD untuk 11 Ogos 2025

Pound British kini berada dalam fasa pengukuhan pada paras tertinggi yang baru dicapai, iaitu di tahap pertumbuhan jangka pendek pertengahan 1.3452. Penembusan kukuh di atas paras ini berpotensi membuka laluan

Laurie Bailey 05:01 2025-08-11 UTC+2
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
 

Dear visitor,

Your IP address shows that you are currently located in the USA. If you are a resident of the United States, you are prohibited from using the services of InstaFintech Group including online trading, online transfers, deposit/withdrawal of funds, etc.

If you think you are seeing this message by mistake and your location is not the US, kindly proceed to the website. Otherwise, you must leave the website in order to comply with government restrictions.

Why does your IP address show your location as the USA?

  • - you are using a VPN provided by a hosting company based in the United States;
  • - your IP does not have proper WHOIS records;
  • - an error occurred in the WHOIS geolocation database.

Please confirm whether you are a US resident or not by clicking the relevant button below. If you choose the wrong option, being a US resident, you will not be able to open an account with InstaTrade anyway.

We are sorry for any inconvenience caused by this message.